1

Online

Friday, June 29, 2012

KHASIAT SURAH AL-FATIHAH

Al-Fatihah


Untuk Perkongsian Sesama Umat

Untuk Hajat :
Baca Al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap selesai solat. Setiap kali baca, sampai
“ ia kanak budu wa i’ya kanas ta in”
(hanya kepada-Mu tempat aku meminta dan memohon pertolongan)
berhenti sekejap dan niat hajat dalam hati, sesudah itu teruskan bacaan.


Penawar Penyakit :
Untuk di buat penawar, baca Al-Fatihah pada sebekas air 7 kali selepas solat, buat minum dan sapukan di muka. Setiap kali air hendak habis, tambahkan air. Kalau boleh, jangan habiskan, tinggallah walaupun sedikit air di dalam bekas tersebut. Insyaallah jika di amalkan, segala jenis penyakit dapat disembuhkan dengan keizinan Allah S.W.T..

Menyembuhkan Penyakit Mata Yang Kabur (Rabun)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:-

1. Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
2.Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
3.Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang
pengasih penyayang."
4. Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
5. Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah,
Engkaulah yang menyihatkan".

Mengubati Sakit Gigi Dan Lain-Lain:

~ Untuk dirinya sendiri - letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan
berdoa sebanyak 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-
Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

~ Mengubati penyakit gigi orang lain - selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan
doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

Mengubati Sakit Disebabkan Oleh Sengatan Kala

Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.


Ikhtiar Menghilangkan Sifat Pelupa

Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.


*Nota :
Jika Dibenci Oleh Seseorang Melampau-Lampau Atau Tanpa Sebab Yang Nyata

Cuba sedekahkan Al-fatihah kepada orang itu. Insya-Allah, kebenciannya akan berkurangan atau hilang.

sumber : KLIK DI SINI

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Server Terbaik

lazada.com.my

Busuk.Org

Popular Posts

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani
putihkan gigi, gigi putih & gigi kuning