6 Petua Kesihatan Gigi
Kesihatan gigi adalah antara
perkara yang penting untuk kita jaga. Gigi yang tidak sihat akan
menjadi penyebab kepada sakit
gigi, penyakit gusi dan gigi patah. Orang melayu adalah antara
bangsa yang banyak memiliki petua
menjaga kesihatan diri dan petua kesihatan gigi tidak
terkecuali. Petua kesihatan gigi
orang melayu yang berjaya saya kumpulkan adalah seperti berikut:
1-Petua kesihatan gigi yang
pertama adalah anda berkumur dengan air garam selama dua minit
untuk beri kekuatan kepada gigi.
2-Anda minum air jus perahan
limau manis untuk menambah kekuatan gigi, memutihkan gigi dan
membunuh segala kuman yang berada
di dalam mulut.
3-Makan buah dan sayuran yang
mempunyai banyak fiber pada setiap hari. Apabila anda makan
buah seperti epal, sayur kobis,
ulam–ulaman dan buah pear, jus yang terhasil apabila anda gigit
makanan tersebut akan memberi zat
kepada gigi anda. Secara tidak langsung, gigi anda akan jadi
kuat.
4-Petua kesihatan gigi yang seterusnya
adalah anda boleh gunakan kulit buah oren untuk memutih
dan bersihkan gigi anda. Caranya
adalah anda gunakan bahagian dalam kulit yang berwarna putih.
Tenyehkan bahagian tersebut
kepada gigi anda untuk beberapa minit. Jadikan ia amalan dengan
melakukannya seminggu tiga kali.
5-Campurkan garam dan jus perahan
limau. Hasil campuran ini anda jadikan ubat gigi anda. Gosok
gigi anda seperti biasa. Selepas
selesai, anda bilas mulut anda dan gosok gigi dengan ubat gigi biasa
pula.
6-Petua kesihatan gigi seterusnya
adalah anda sentiasa amalkan senyuman manis. Mimik muka
ketika senyum akan menjadikan
struktur gigi anda kukuh. Sebab itu orang yang sentiasa senyum
memiliki gigi yang cantik.
Mempunyai gigi yang cantik
menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap
dengan orang, bertemu klien jika
dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sepasang gigi
yang putih berseri. Ketahu rahsia
bagaimana hendak memutihkan gigi dalam hanya 20 hari dengan
download ebook percuma di web Ebook Percuma Putihkan Gigi .
![]() |
Ebook Percuma Putihkan Gigi |
0 comments :
Post a Comment