1

Online

Friday, August 15, 2014

Cara Atasi Stress




Apa itu “Stress” atau tekanan

'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam sekitar.

Dalam Islam, tekanan ataupun boleh dikatakan kesenangan dan kesusahan merupakan ujian Allah yang semata – mata untuk menguji ketakwaan hambaNya.
Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani ujian sebegini melalui firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya :

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Penyebab ataupun punca kepada 'stress' berbeza-beza di antara satu individu dengan individu yang lain. Antara lain dapat dikategorikan sebagaimana berikut:

Ø    Amalan Pemakanan

Stress sering dikaitkan dengan amalan pemakanan. Sesetengah orang cukup selesa dengan mengambil makanan dalam kuantiti yag sedikit manakala yang lain pula mengalami pertambahan selera makan yang mendadak dan mengambil kuantiti makanan yang berlebihan tidak mengira waktu.
Dalam mengharungi dunia kehidupan yang semakin mencabar, aspek pemakanan jarang diberikan perhatian yang khusus di kalangan masyarakat. Kehidupan yang padat dan tugasan yang perlu diselesaikan menjadikan mereka mengabaikan jadual makan yang sempurna.

Ø    Keupayaan Diri Yang Terhad

Sesetengah individu sering memikirkan apakah yang terbaik mampu dilakukan oleh diri mereka. Bagi yang teliti atau cerewet, sering akan mengabaikan pendapat rakan sekumpulannya dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia akan berpendapat bahawa idea sendiri adalah lebih baik daripada idea dan pendapat orang lain. Bagi mendapatkan kepuasan itulah mereka akan mengabaikan keupayaan diri sendiri dan tidak mampu memikul bebanan tugas sepertimana rakan sekumpulan. Ini akan menimbulkan stress kepada mereka.

Ø    Kerja Yang Tidak Terancang

Kebanyakkan individu sering mengabaikan tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka dan gemar membuat kerja di saat akhir. Sikap sedemikian akan memerangkap diri sendiri. Tugasan yang semakin bertambah di samping keupayaan diri yang terhad dalam menyelesaikan masalah akan mengundang kepada stress yang kronik.

Ø    Rehat Yang Kurang

Ramai individu menghabiskan masa dengan perkara yang sis-sia seperti keluar bersiar-siar hingga larut malam, menonton video, atau pun berbual-bual kosong dalam tempoh yang lama. Tidur yang berkurangan akan menyebabkan tubuh tidak mendapat rehat yang mencukupi bagi menghadapi rutin harian keesokkan harinya. Akibatnya, individu tidak mendapat rehat yang mencukupi bagi menghadapi rutin seharian. Kesan dari itu proses kehidupan akan terganggu dan individu akan mengalami stress apabila fizikalnya tidak mempunyai kerehatan yang mencukupi.

Ø    Masalah Keluarga

Masalah stress yang berpunca daripada keluarga yang bermasalah merupakan salah satu punca yang paling kerap dihadapi oleh individu. Ada juga individu mengalami stress kerana merasakan diri terabai dari kasih sayang keluarga kerana bilangan ahli keluarga yang ramai. Kebanyakkan ibu bapa tidak mampu menangani atau melayan anak remaja mereka mengikut peredaran usia remaja terbabit. Mereka lebih suka mengenakan kawalan dan peraturan yang menyekat kebebasan individu terbabit. Hasilnya individu atau anak-anak mereka akan mengalami tekanan emosi dan mengundang kepada stress.

Ø    Masalah Kewangan

Wang dianggap sebagai nadi di dalam menjalani kehidupan seharian bagi setiap individu. Ianya tidak menimbulkan sebarang masalah bagi golongan yang berkemampuan. Namun begitu bagi golongan yang berpendapatan rendah masalah ini akan menekan fikiran mereka. Kos-kos yang melibatkan makan minum, perbelanjaan harian, bahan bacaan, yuran, dan pelbagai projek ilmiah bagi pelajar institusi pengajian tinggi menuntut jumlah yang bukan sedikit dan ini akan mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran.



Bagaimana mencegah stress?

Menurut doktor neorologi, perasaan stress sering menjadi musuh dalam selimut. Perasaan ini datang tiba-tiba dan sukar untuk dikendalikan. Apabila tidak ditangani akan menjadi pemangkin timbulnya berbagai-bagai-bagai penyakit seperti jantung, darah tinggi dan stroke. Ibarat menyediakan payung sebelum hujan, menghindari stress ada baiknya dilakukan mengikut cara berikut:

Pertama, mengeluarkan energi positif, iaitu optimis dalam menghadapi setiap permasalahan. Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri. Jangan membebankan diri anda. Ketahuilah bahawa setiap usaha yang dilakukan akan ada kekangan dan hambatan Tapi ada juga solusi atau penyelesaiannya. Sebab itu, harus bersikap lebih fleksibel, supaya kita dapat menikmati hidup.

Kedua, menjaga kesihatan. Dengan cara bersukan dan senaman yang teratur, tidur yang mencukupi dan mengambil makanan yang berzat dan seimbang. Bersukan mungkin dapat membuat manusia berasa nyaman. Makanan berzat mampu membangkitkan kualiti hidup. Sebab itu Islam memerintahkan “ mengambil makanan yang halalan toiyibban atau halal, suci lagi berkhasiat.

Ketiga, banyak minum air masak, terutama pada ketika sedang marah.. Air dapat menenangkan perasaan, dan menjadikan fikiran lebih jernih. Rasulullah menganjurkan kalau marah, hendaklah berwuduk dan mendinginkan badan dengan air atau tanah.

Keempat, meluangkan sedikit waktu pada setiap minggu untuk keluar dari kerja-kerja rutin. Berkumpul bersama-sama ahli keluarga, atau menziarahi teman-teman. Nabi mengajarkan supaya kita menghubungkan silaturahim, sebabnya dapat menambahkan rezeki dan memanjangkan umur (HR.Muslim).

Kelima, meningkatkan unsur-unsur humor dan ketawa. Secara klinikal humor dapat mengatasi stress. Membaca cerita-cerita lucu, berkongsi cerita lucu dengan kawan-kawan, menonton atau mendengar cerita lawak selama 5-10 minit dapat membawa suasana santai dan relaks.


Menurut Al-Quran ?

Menurut Al-Quran, kelima cara yang ditawarkan oleh bidang kesihatan di atas, tidak ada yang bertentangan dengan Al-Quran. Namun Al-Quran lebih memfokuskan terutama kepada dua hal utama iaitu Al-Quran sebagai Syifa’ (Penawar) :

1) Keimanan

Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahwa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.

2) Tadabbur

Benar,kita tidak ada untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuan-Nya.

3) Zikir

Allah swt berfirman yang bermaksud:"(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang. " (surah al-Raa'd 13:28 )

4) Berimaginasi

Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan sungai susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih, dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan . Fikirkan , layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.

5) Doa

Beza antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagi doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah swt berfirman yang bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku , akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina ." (Surah al-Mu'min 40:60)


Rujukan dari pelbagai sumber J

0 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Server Terbaik

lazada.com.my

Busuk.Org

Popular Posts

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani
putihkan gigi, gigi putih & gigi kuning